Cari2 D' MyHeart

Loading

EkoMunis Lagha...









Ya..silakan pilih silakan beli
Banyak murah jangan susah hati
Ada gerenti kalau tiada puas dihati
Wang mungkin tidak dikembali
Tapi barang akan diganti
Kasi servis kaw-kaw punya lagi
Mau miss? mau cik? Mari mari...

Tidak sepakat tidak dipersetujui
MOU unfair wujud disini!
Baru dua bulan berlalu la Inchik Tokeh
Takkan sudah naik begitu tinggi?
Berderau darah rasa macam nak marah
Enak sungguh pemegang ekomunis mencekik darah
Tanpa segan tanpa silu lagha berniaga!

Ah...apakan daya mahu bertelagah
Bukan hanya aku turut terlampias menelan rasa
Kalau mahu barang murah
Lu pigi sana laa...zaman Datuk Hang Tuah
Sekarang ulat dalam batu pun dok gelisah
Mana nak cari batu habis buat jalan raya
Korban pembangunan sini sana

Apa nak dikata barang naik harga
Meski syiling rezeki saban tahun lambat berubah
Jangan pula kau lara berduka cita sampai naik gila
Percaya pada setiap janji Allah
Insyaallah rezeki tetap ada di mana-mana
Asalkan kau rajin tak kenal lelah
Rezeki secupak akan jadi berganda-ganda.

® MyHeart - Mac 26, 2011

0 setulus hati dari teman-teman..: