Cari2 D' MyHeart

Loading

Angka Angka Tanpa Kalimat..










Sebelum menjelma
Telah siaga terlakar di jiwa
Tiada lupa tiada duka hanya ria
Melihat seri indah purnama
Oh hampir genap sudah menggapai usia
Laksana mimpi si kunang-kunang menjadi nyata

Yang dicinta lebih mengerti
Yang disayang lebih sedari
Apa diharap tiada selalu akan menjadi
Kita insani punya segala kekurangan diri
Atau sememang hanya alasan ditokok diberi
Kerna semata mahu mengabui

Sedang hakikat telah lama jadi keramat
Bagai tugu hanya utuh teguh terpahat
Sedang ingatan kabur-kabur dalam munajat
Tertinggal lah angka tanpa kalimat
Menjadi angka-angka yang hilang semangat
Tiada lagi berbekas dalam kudrat

Hari ini setitik mutiara tiada bererti
Hari ini secebis luka tiada sedari
Lalu apa kan jadi pada hari yang berganti
Teguh kah lafaz cuma kerana simpati?
Dan berapa lama sebelum luluh rasa dihati?
Jari-jari mula membilang hari.......

® MyHeart - Mac 7, 2011.

0 setulus hati dari teman-teman..: