Cari2 D' MyHeart

Loading

Di Saat Nadi Masih Menyerlah, Di Dalam Hati Katakan Lah...

Di Saat Nadi Masih Menyerlah,


 










Di Dalam Hati Katakan Lah…

Di barat mentari rendah
Di timur purnama mencelah
Di seri bersinar hikmah
Di diri mengukir madah
Di jari menghitung sunnah
Di sepi hati ku renung juadah
Di minda…
Mustika ku…
Bercanggah..
Syukuralhamdulillah.

Yang baru mengusar kelitah
Yang lalu sudah lah sudah
Yan lama mestikan di ubah ?
Yang teruji semangat gelisah
Yang Menguja arus berubah
Yang menjejaki tak sumbang melangkah.
Syukuralhamdulillah.

Walau di laut ribut meredah
Walau digurun bumi merekah
Walau dingin salji mencurah
Walau gigil kasih terpisah
Walau rindu kasih merenyah
Walau kusam ku genggam hidayah..
Syukuralhamdulillah.

Bertenang didamai indah
Bertentang dihati Gundah
Berpantang langit diludah
Berperang menyangkal telah
Berbendang peluh melimpah
Berdendang rezeki melimpah.
Syukuralhamdulillah.

Apa dikeluh apa diluah
Apa digembur puncak amarah
Apa dibiar tekad mematah
Apa ganjaran itulah amanah
Apa dipaut jangan memunah
Apa disebut jangan diseranah
Syukuralhamdulillah.

Dalam kurnia zuriat dilimpah
Dalam tafakur menyujud sejadah
Dalam doa tangan menadah
Dalam hasrat mengucup kaabah
Dalam Ibadat tak lagi berbelah
Dalam ibarat beristiharah
Syukuralhamdulillah.

Dimana miskin dimana mewah
Dimana yakin dimana resah
Dimana iktibar dimana akidah
Dimana mimbar dimana khutubah
Dimana pujian dimana menyumpah
Dimana diri dimana sampah
Syukuralhamdulillah.

Beralun azan menyusun kalimah
Bergema pesta memaling arah
Berdiri kiblat menghadap baitullah
Berdiri tanjak menyingkap purdah
Bersemi harum mawar bercambah
Bersucikah mahkota digadainya maruah ?
Syukurahmandulillah.

Biar mawar pudar tak merah
Biar kuntum layu bersepah
Biar buta mata sebelah
Biar pekak bebuli pecah
Biar keliru untuk diluah
Biar ku mati ditelan sumpah
Syukuralhamdulillah.

Bukan aku mahu menyerah
Bukan berlalu melintang mematah
Bukan buruk laku mengasah
Bukan aku mengungkiti lelah
Bukan ada mahu menyalah
Bukan merimbun didamai resah
Syukuralhamdulillah.

Di barat mentari kian rendah
Di timur purnama tingi mencelah
Di seri wajah menyinar hikmah
Di diri masih mengukir madah
Di jari masih menghitung sunnah
Di serambi aku memamah juadah
Diminda kini…
Mustika ku…
TAK lagi bercanggah…..

Di saat nadi ini masih menyerlah
Di dalam hati katakan lah…

Syukuralhamdulillah…

@Captmanallis
read more

Senja Nan Ungu










Senja Nan Ungu
Tika mentari gelincir di ufuk barat
Ada sinar dijelma pelbagai warna
Betapa indah lukisan Yang Maha Esa
Menggamit sebuah hati sarat lara
Menawar rindu bersarang di dada
Rindu dan lara tiada hentinya
Yang tak ketemu arah dan tujunya
Tak juga meminta sesat di hujung masa

Senja Nan Ungu
Tika mata terpesona menghayati keindahan wajah
Bibir dan hati mengungkap kalimah memuji Nya
Melafaz syukur tanpa henti
Betapa guguran jernih itu menemui ketenangan dicari
Menyingkir sementara kepedihan sanubari
Ketika melabuh sujud kan tiba nanti
Doa di tadah agar ketenangan terus meniti
Dalam segenap ruang diri

Senja Nan Ungu
Warna itu lama di cari
Sekilas ungu kepulan awan
Melengkap sekian lama pencarian
Moga kan ditemui lagi
Warna-warna ungu kehidupan
Bersama ketenangan dan kebahagiaan.


® MyHeart - December 21, 2009.
read more