Cari2 D' MyHeart

Loading

Nota Biru...










Nota biru biru biru
Berlegar sekitar nafsu rakus mu
Saban hari semenjak surut saku
Wangian nya kian menusuk jauh ke dalam kalbu
Menyesaki rongga-ronga akalmu
Bila pula kan memenuhi kantung serakahmu
Yang tidak pernah puas mengemis!
Kerana nya apa pun sanggup kau tepis
Putus saudara?
Menjual anak bangsa?
Melelong warisan pusaka?
Ahhh siapa peduli itu semua
Zaman ini nota biru itu adalah penguasa
Ilmu penunduk segala manusia
Lagi banyak kau miliki lagi tinggi derajat tahi
Siapa peduli??
Kerana kau tahu
Tahi pun akan harum dan suci
Jika 'dicuci' oleh nota biru!

® MyHeart - Disember 2, 2011.

0 setulus hati dari teman-teman..: