Cari2 D' MyHeart

Loading

Samar Ilusi Dalam Fantasi...












 
Kanan dan kiri aku berlari
Mencari arah sinar nan pasti
Menyuluh gelita di sanubari
Kian bernaung dirumpun sepi
Di ulit lirih menjadi-jadi
Makin dibuang makin hampiri

Cuba ku gapai biru nan tinggi
Tiada sampai jari jemari
Kaku tersenyum getus mencari
Mana pujangga peneman diri
Samar ilusi dalam fantasi
Lukis realiti terkhayal lagi

Mungkin impak disiang hari
Mata celik mimpi menghuni
Sudah hilang tercari-cari
Sudah ada mohon pengganti
Sahsiah mana bertakhta kini
Ah...mana budi mana pekerti

Lari lagi tanpa mengerti
Mahu mencari usul nya diri
Jerangkap samar diam menanti
Salah melangkah punah lagi
Meniti gelap arus duniawi
Di mana penawar haqiqi??

 ® MyHeart - April 14, 2011.

0 setulus hati dari teman-teman..: