Cari2 D' MyHeart

Loading

Senandung Auta Penawar Lara...









Di kanan sana meriah suasana
Si polan katanya menjunjung amanah
Menaung juang anak bangsa
Ya la mahu meradak entiti durjana
Ala proses menyuci mughallazah
Biar bertapak nur suci pada tubuhnya
Mengikut momentum perspektif tahap unta
Haqiqi kebenaran itu telah nyata
Biar berkubur suci selagi ada sebutir nasi
Biar mendabik di atas leluhur si miskin hina
Asal berjuang cukup jawapan segala
Tidak salah bukan...

Di kiri lain cerita
Puas pula menegak benang nan basah
Dia juga tidak bersalah
Menutup punca rezeki
Demi juang yang dihalalkan pasti
Apa la ada pada sehari cuma
Tiada lah miskin hingga melara
Ini penggorbanan namanya
Hendak menentang mungkar
Macam dia saja yang benar
Apa benar itu bukan onar?
Barangkali lebih dajal?

Sudah la...
Itu hanya senandung auta penawar lara
Mereka semua sama saja
Walau berbeza tompokkan harta
Tetap punya visi dan misi
Apa terselit nawaitu murni
Hanya Dia maha tahu
Mana suci mana keji.

® MyHeart - Jun 23, 2011

0 setulus hati dari teman-teman..: