Cari2 D' MyHeart

Loading

Rintik-Rintik Hujan...










Rintik hujan bak mutiara...
Berguguran dari kepulan awan kelabu
Menyelimutii rekahan tanah bumi bertuah
Yang telah tandus kekontangan sekian lama
Lalu membasahi kerana keagungan rahmat Nya
Moga-moga ia bukan suatu bencana

Seharian titis-titis jernih menghujani
Bak tangisan yang terlalu menyayat hati
Tiada jerih, lelah mahupun ingin berhenti
Seolah membayang
Gadis tangis dara perawan
Yang direnggut kesucian

Bukan demikian silang cerita dibahaskan
Mungkin kerna rembesan kekotoran kian menyinar
Di atas bumi tanah bertuah
Mahu dibungkam bersama titis titis hujan
Biar suci seketika sambil menyemai bibit keinsafan
Buat para khalifah yang sering mahu berfikir..

Dan menyaksikan betapa ciptaan insan
Tiada bandingan ciptaan Tuhan
Hatta setinggi mana pun bangunan
Sekukuh mana pun tembok batuan
Pasti tanah bisa bergoncang!
Air juga bisa menenggelamkan!

® MyHeart - Januari 31, 2011

0 setulus hati dari teman-teman..: