Rindu ini bertamu lagi
Menjalar pada kekosongan waktu
Berbisik pada sang bayu
Merayu pada purnama nan pilu
Tunjukkan pada nya kala lebat bebuah rindu
Yang memagari sangkar emas kasih ini
Mungkin sinar terang sang mentari
Tidak lagi dapat memperlihat tulus kasih ku
Bagai pudar dimamah rakus waktu
Namun hati masih mendesah rindu
Kalbu kekontangan hatta merajuk pilu
Menyeru merayu menjerit pada batas batas kaku
Pada tiap senyum kerana diri mu
Pada tiap bahagia kerana kasih mu
Pada tiap gelak kerana gurau mu
Pada tiap sendu kerana rindu itu
Pada tiap tangis kerana cinta mu
Pada tiap sepi kerana sayang mu
Pepohonan kasih ku masih teguh merimbun
Terlalu lebat dihujani bebuah rindu
Menghitung-hitung tiap rentetan waktu
Temu kan diri demi mengubat segunung rindu
Teguh kan kasih di sudut hati
Buat ayahbonda nun jauh di sudut mata.
® MyHeart - Mac 28, 2011.
4 setulus hati dari teman-teman..:
yeah..terus kan lagi berkarya....cayok3...
thanks zaim...tegur2 la akak mana2 yg perlu ya so akak leh betulkan mana2 yg tak betul. keep comin ya :)
Bagus pohon-pohon rindunya, baca juga novel POHON-POHON RINDU karya dul abdul rahman, diterbitkan oleh Diva Press Yogyakarta 2009
tq 4 d info ya...sy akn cuba cari novel tu :)
Post a Comment