Cari2 D' MyHeart

Loading

Rintik-Rintik Hujan...










Rintik hujan bak mutiara...
Berguguran dari kepulan awan kelabu
Menyelimutii rekahan tanah bumi bertuah
Yang telah tandus kekontangan sekian lama
Lalu membasahi kerana keagungan rahmat Nya
Moga-moga ia bukan suatu bencana

Seharian titis-titis jernih menghujani
Bak tangisan yang terlalu menyayat hati
Tiada jerih, lelah mahupun ingin berhenti
Seolah membayang
Gadis tangis dara perawan
Yang direnggut kesucian

Bukan demikian silang cerita dibahaskan
Mungkin kerna rembesan kekotoran kian menyinar
Di atas bumi tanah bertuah
Mahu dibungkam bersama titis titis hujan
Biar suci seketika sambil menyemai bibit keinsafan
Buat para khalifah yang sering mahu berfikir..

Dan menyaksikan betapa ciptaan insan
Tiada bandingan ciptaan Tuhan
Hatta setinggi mana pun bangunan
Sekukuh mana pun tembok batuan
Pasti tanah bisa bergoncang!
Air juga bisa menenggelamkan!

® MyHeart - Januari 31, 2011
read more

Aku masih mencari sinar Mu...













Aku masih mencari sinar Mu
Di hujung sisa rindu mekar lagi harapan ku
Di hujung sisa kasih subur lagi angan ku
Di hujung sisa cinta harum lagi impian ku

Aku masih mencari sinar Mu
Di hujung hari setinggi angan ku
Di hujung impian menggapai cita-cita ku
Di hujung harapan menggenggam mimpi ku

Aku masih mencari sinar Mu
Di hujung waktu terasa pantas berlalu
Di hujung sedar  warna bahagia menemani ku
Di hujung nyata menjelmakan mimpi ku

Aku masih mencari sinar Mu
Semakin berbahang hangat pencarian...
Apakah mampu ku miliki sebuah impian?
Yang telah lama aku dambakan?
Yang pernah dulu aku persiakan?

Aku masih mencari sinar Mu......!

®  MyHeart - Januari 23, 2011
read more

A N T A R A











Menjejaki ruang kamar nan sepi ini
Bersama ribuan tanda tanya di hati
Kekeliruan bermain di lembah ini
Antara menghitung dan meramal
Jejak tari dan lenggok irama
Mungkin kah terjawab
Antara Dasar dan Sasar
Antara Debar dan Sabar

Langkah berjejak henti dan tercampak
Di tepian hati masih memburu
Pada sesuatu yang berliku
Sahih dan maktub telah terlukis
Haq dan tegah
Mengapa masih mencari dan mencuba
Antara Ilusi dan Realiti
Antara Jaga dan Mimpi

Tirai kasih pernah tersingkap lama
Menyaji indah kata-kata bagai mati tiada
Pesonanya sering membuai jiwa
Mencipta ruang labuh yakin tak terkata
Akhirnya membentuk dusta dan auta
Mungkin benar masa merubah
Antara Cinta dan Sayang
Antara Bahagia dan Derita

Dan

Antara Kita dan Mereka...

 ® MyHeart - Januari 24, 2010.
read more

Sesepi Noktah Kembara Rindu....














Gerimis rindu singgah menebar sayapnya
Dalam pelabuhan gersang menanti masa
Aku setia mengharap sinar cahaya
Meleburkan sejuta keresahan yang menyiksa
Menghapus ribuan guguran mutiara...

Ketika detik terhitung lesu dipinggiran
Ada pedih seakan tusukan selumbar
Semakin mendalam merobek cebisan kenangan
Terdayakah menyimpan kerinduan
Ya Rabbi berikan aku kekuatan...

Rindu hati ku terus kembara
Walau tanpa bayu kasih menyapa rasa
Walau kepiluan kian menyiat dada
Masih ada sinar kasih terus bertakhta
Membawa rindu ku ke titik noktah
Mencambah cinta buat ayah dan bonda..

® MyHeart - June 12, 2010
read more

Manis Cinta....













Sayangku...
Ketahuilah...
Bila hati ini diulit cinta...
Jiwa ini dibelai asmara...
Kalbu ini dipeluk rindu...
Segalanya seumpama menjadi sempurna seketika..
Mewangi keseluruhan dua jiwa..
Menebarkan senyuman di raut wajah...
Mengukir hari semakin indah..
Mencatat laluan sukar kini mudah..
Moga ikatan cinta ini terus mekar mewangi..
Menjadikan dirimu milik ku selamanya...
Kerna ini bukan lagi anganan indah...
Bukan jua kata manis mendulang madah...
Kerna ini lah anugerah Nya...
Tiada bandingan tiada tara...
Moga rahmat Nya melimpah ruah...
Dalam ku damba cinta & bahagia....

® MyHeart - Januari 20, 2011



read more

Roda Kehidupan...












Jika semalam mentari tersenyum indah
Hari ini mungkin suram dibalik awan kelabu
Jika semalam tangisan sang awan menitis laju
Hari ini belum pasti tangisan awan akan berlagu
Malah hari seterusnya masih jauh dalam bayangan
Kerna hari ini hanya ada ramalan
Untuk esok yang masih samar dan berbalam

Demikian hidup seumpama roda
Akan terus berputar tanpa henti
Sekejap megah mendongak langit
Sekejap lagi rebah mengucup bumi
Di atas sebuah pentas dunia
Yang telah mula susut, rapuh dan goyah
Di mamah penghujung usia...

Roda hidup kan terus berputar
Liku-liku laluan ada kala sukar
Ada kala langsung tak mencabar
Hadapi dengan iman, tenang dan sabar
Usah riak dan usah berbuat onar
Kerna hati yang ingkar
Tidak selama-lama megah bersinar!


Andai esok diri ini hanya mampu menunduk hiba
Atau mungkin nafas terhenti tiba-tiba
Janganlah simpati terbutir pada bicara
Tapi kirimkan daku secebis doa
Demi kebahagiaan hari muka
Jua demi ketenangan nun jauh di sana
Sesungguhnya ia lebih bermakna.

® MyHeart - Januari 19, 2011.
read more

Semakin Ada Semakin Tiada..















Kita semakin jauh meski pun dekat
Kita semakin lupa meski pun ingat
Kita semakin busuk meski pun wangi
Kita semakin buta  meski pun nampak
Kita semakin tuli meski pun dengar
Kita semakin bisu meski pun petah
Kita semakin bakhil meski pun pemurah
Kita semakin tamak meski pun untung
Kita semakin suka meski pun dilarang
Kita semakin liat meski pun diseru
Kita semakin dungu meski pun pandai
Kita semakin riak meski pun ikhlas
Kita semakin muda meski kubur sering memanggil
Kerana semakin kita ada semakin kita tiada....


® MyHeart - Januari 18, 2011.
read more

Sinar Pada Secebis Harapan.....












Keheningan siddiq tidak sedikit menghurai sendu
Paluan irama melankolia gemersik di kalbu
Berlabuh sekian malam sebagai peneman
Membisukan rona indah kamar beradu
Tidak mengerti pada titis-titis begitu
Belum pernah terjadi beberapa purnama lalu
Tika sinar mentari belum menjelma

Lena malam tidak lagi seperti selalu
Ada mimpi-mimpi ngeri sering hadir bertamu
Meniti dalam imaginasi lewat malam berlalu
Memaksa sekelumit getar berbisik
Sebutir demi sebutir melontar resah
Pada hati yang kian gundah gulana
Pada firasat tidak tertafsirkan

Kalimah doa dan istighfar membasahi bibir
Demi menenang kecamuk gelodak rasa
Kala mengharung amukkan badai gelora
Dan cahaya samar rembulan di balik tabir malam
Bagai menerbit satu sinar pengharapan
Meski secebis ia mampu mengukir senyuman
Bawalah pergi jauh kesedihan menyelubung
Jangan biar ia menghuni kekosongan sangkar hati!

® MyHeart - Januari 14, 2011.
read more

Masih Belum Terlewat...













Mencari ketenangan dalam kedamaian lagu alam
Biar didada berombak kencang taufan kekecewaan
Masih juga ada serpihan iman anugerah tuhan
Buat penawar dihujung kelam
Agar dapat diteruskan sisa-sisa kehidupan
Dalam taqwa dan keredhaan...

Biar langkah pernah tersasar dari landasan
Masih ada ruang kembali pulang
Selama ada hayat dikandung badan
Selagi ada ruang dan peluang
Selama innayah dan hidayah Ilahi kurniakan
Belum lagi ada keterlewatan....

Ya Ilahi pentadbir sekalian alam
Hanya pada Mu rahsia ini bukan rahsia
Airmata ini tidak dapat menebus kesal beraja
Namun hanya pada Mu jua
Aku bersujud menyuci dosa
Membersih kotornya jiwa...


® MyHeart - May 3, 2010.
read more

Hujan Dinihari Satu Januari












Hujan dinihari satu January
Cukup rebas sekali
Dia sedang menyaksi
Buat pertama kali..
Entah bila ianya bermula
Tidak pula diketahui..
Yang dia tahu, hari ini hari cuti...

Matanya masih lemau meniti cecelah titisan hujan
Kelabu pada permergian malam..
Mencari aurora
Dan semburat sirnar syuruk...
Yang belum lagi kelihatan..
Tidak juga pada pandangan
Tika menghela dia pada pepangsapuri
Diseberang jalan..

Hujan dinihari satu Januari
Tanpa angin
Tanpa bau-bauan
Tanpa kilauan cahaya neon jalanan
Namun dinginnya terasa
Pada telapak tangan...

Tahrim subuh memecah sepi kesunyian..
Bersahut-sahutan dari susurau dan memesjid berdekatan...
Ada kelainan pada rythmn dan alunan lagu.
Pada dia suara itu
Lebih lemak
Lebih merdu
Lebih sendu
Lebih mendayu
Lebih syahdu
Lebih menusuk kalbu
Lebih jitu
Lebih meyakinkan ..
Memecah hening pagi tika hujan dinihari satu Januari...
Amat ketara beza pada suara
Yang lazimnya berkumandang pada sama waktu..

Dia memahami..
Suara seruan itu tidak dicemari
Bunyi radio
Bunyi TV
Bunyi berlaga periuk kuali
Bunyi motorsikal
Bunyi kereta
Bunyi bas kilang
Bunyi lelori tangki..
Bunyi anak anak berdengik..
Mahupun bunyi beburung kenari..
Yang biasanya ligat dan bingit berlumba mengejar rezeki..
Tika mentari memecah pagi..
Tidak pula kali ini..
Suara suara lazim tadi
Di tenggelami bunyi rebas hujan dinihari satu January..

Suara seruan suci itu ….
Dari imiganasi wave-pad nya
Ada compression
Ada trashhold
Ada supression
Ada equalizer
Ada reverb
Ada echo
Ada acqustika
Ada elemen diperlukan padanya seorang jurutera bunyi..
Remeh pada decibles menusuk ke telinga

Hujan dinihari satu Januari
Masih rebas masih konsisten pada frekuensi..
Dia tidak pantas berwuduk..
Malah bagai ada suatu hasutan berani mati..
Perlahan dia kembali semula kekamar sambil mencapai gebar
Lalu bersembunyi dan kalabus sekali lagi...
Namun gemersik bisikan alunan azan…
Mematikan cubaan lenanya sebentar tadi

Hujan dinihari satu Januari masih belum berhenti..
Hujan dinihari satu Januari telah membawa lalainya
Hingga fajar siddiq mulai menerani bumi..
Segera dia bingkas dari ranjang
Lalu merakas berlari kekamar mandi..
Bertaharah menyuci diri..

Sempat dia menghadap qiblat
Menyembah sujud dua rakaat..
Bersama qunut diantaranya.
Selesai salam
Dia tersenyum sendiri..
Teringat dia pada merdu bunyi..
Beberapa minit berlalu tadi..
Pimpinan hujan dinihari satu Januari...
Tanda kebesaran Ilahi..

@Captmanallis
read more